Enam Kelebihan Kami Yang Menjanjikan Ketenangan Jiwa

Sebagai pembekal walkie-talkie yang telah lama ditubuhkan, kami telah menyediakan perkhidmatan profesional kepada banyak perusahaan sepanjang beberapa dekad yang lalu. Kelebihan seperti berikut telah menjadikan kami pilihan utama ramai pelanggan.

Pasukan Penyelenggaraan
Jaminan
Perlindungan
Kualiti
Khidmat Selepas Jualan
Harga Berpatutan

Pasukan Penyelenggaraan

Pasukan Teknikal Profesional Bersedia Untuk Menyelesaikan Masalah Pelanggan Dengan Cepat Dan Berkesan

Salah satu kelebihan kami yang amat membanggakan adalah pasukan teknikal terlatih kami telah menerima pemindahan teknologi dan latihan profesional yang disediakan oleh pengilang. Ini membolehkan kami menyediakan perkhidmatan membaik pulih yang cekap, cepat dan berkesan kepada pelanggan kami.

Keupayaan pakar teknikal kami dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dengan cepat telah meletakkan asas yang kukuh bagi kami untuk terus menyediakan perkhidmatan pembaikan yang cemerlang kepada pelanggan kami.

Jaminan

Jaminan 1 Tahun, Tidak Perlu Dikembalikan Ke Kilang Asal, 100% Dibaiki Di Malaysia

Walkie-talkie yang kami bekalkan disertai dengan jaminan 1 tahun, dan semua perkhidmatan pembaikan terjamin atau bukan terjamin adalah 100% dilakukan di Malaysia. Ini bermaksud anda tidak perlu mengembalikannya ke kilang asal untuk dibaiki.

Berdasarkan rekod selama bertahun-tahun, walkie-talkie kami hanya mencatatkan tuntutan pelanggan ke atas jaminan yang kurang daripada 3% berkat kualiti yang unggul.

Perlindungan

“Satu Tukar Satu” Untuk Kes-kes Tertentu

Ketersediaan alat ganti untuk pembaikan merupakan satu lagi kelebihan hebat kami. Kami sentiasa memastikan semua pembaikan dilakukan di pusat penyelenggaraan tempatan dengan cepat dan cekap, tanpa perlu menunggu penghantaran alat ganti dari kilang.

Kelebihan ini adalah penting untuk memastikan operasi perniagaan pelanggan kami tidak akan terjejas. Oleh kerana menyedari tentang betapa pentingnya masa kepada pelanggan kami, kami melaksanakan dasar “satu tukar satu” untuk kes-kes tertentu jika berlakunya kekurangan alat ganti.

Kualiti

Diperbuat Daripada Bahan Berkualiti Yang Menjanjikan Dua Kelebihan

Produk kami bukan sahaja diluluskan oleh SIRIM, malah juga diperbuat daripada bahan berkualiti yang menjanjikan dua kelebihan seperti berikut:

Diperbuat daripada bahan yang solid, tahan kejutan dan tahan lama;

Mudah dikendalikan dengan prestasi yang stabil, dan kualiti bunyi yang unggul.

Khidmat Selepas Jualan

Khidmat selepas jualan yang pantas memberikan anda ketenangan fikiran

Untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang profesional, kami telah membina pasukan terlatih untuk menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan rangkaian kepada pelanggan. Lebih penting lagi, pasukan khidmat selepas jualan kami sentiasa bertindak balas dengan segera untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan semasa menggunakan produk dan perkhidmatan kami.

Harga Berpatutan

Harga yang paling berpatutan untuk mengurangkan kos anda

Siri walkie-talkie “UNIMOS” kami ditawarkan pada harga yang berpatutan untuk mengurangkan kos komunikasi pelanggan. Jika berbanding dengan beberapa jenama lain, anda boleh membeli empat unit walkie-talkie kami dengan harga yang sama. Lebih penting lagi, produk kami menjanjikan keunggulan kualiti dan kehebatan prestasi.