Walkie-talkie Rangkaian

Walkie-talkie Rangkaian 4G Tanpa Batasan Jarak & Gangguan

Walkie-talkie traditional sentiasa mengalami batasan jarak dan gangguan. Kami membekalkan “Walkie-talkie Rangkaian” generasi baharu yang bukan sahaja bebas daripada batasan jarak, malah juga menyediakan kelebihan seperti berikut:

Dengan menggunakan rangkaian GSM/4G redONE, sistem walkie-talkie kami menjanjikan lingkungan penerimaan yang lebih luas, di samping itu juga meningkatkan keselamatan komunikasi dan berkesan untuk mencegah tindakan curi-dengar.

Tidak memerlukan kemudahan tanpa wayar; sistem walkie-talkie kami boleh disambungkan terus ke rangkaian redONE untuk pengalaman komunikasi yang lebih jelas dan lebih stabil.

Sebagai peneraju pembekal walkie-talkie yang terkemuka di Malaysia, kami juga menjalin kerjasama dengan redONE (MVNO atau Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih), yg penyedia rangkaian terkenal di Malaysia menyediakan perkhidmatan komunikasi meliputi seluruh negara.

Perniagaan

Empat Model Walkie-talkie Untuk Memenuhi Keperluan Pasaran Yang Pelbagai

Sebagai pakar pembekal walkie-talkie rangkaian, kami amat berbangga dengan jenama “UNIMOS” ciptaan kami sendiri. Setakat ini, terdapat tiga model walkie-talkie rangkaian dan satu model walkie-talkie jarak dekat di bawah jenama ini.

Kami menawarkan bekalan dan penyelesaian walkie-talkie di seluruh negara. Ibu pejabat kami berpangkalan di Kuala Lumpur dengan pusat perkhidmatan bertempat di Pulau Pinang dan Melaka.

Walkie-talkie Kami Digunakan Secara Meluas Dalam Pelbagai Bidang

Kami menyediakan penyelesaian walkie-talkie untuk pelbagai bidang, antaranya termasuk pengangkutan, keselamatan, tapak pembinaan, logistik, perubatan dan bidang lain yang memerlukan komunikasi dua hala tanpa batasan jarak.

Pensijilan SIRIM

Diperakui SIRIM, Lebih Selamat, Sah disisi Undang-undang Dengan Kualiti Terjamin!

Jenama kami, “UNIMOS”, telah didaftarkan dan diberikan sijil pendaftaran tanda dagangan ® dan juga diperakui SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia). Tanda Pensijilan SIRIM pada walkie-talkie kami menjanjikan jaminan seperti berikut:

Kesahihan

Mengikut peraturan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), walkie-talkie kami diperakui SIRIM dan boleh digunakan secara sah.

Keselamatan

Walkie-talkie diperakui SIRIM mematuhi piawaian keselamatan dan teknikal Malaysia yang berkaitan untuk memastikan penggunaan yang selamat dan stabil.

Jaminan Kualiti

Walkie-talkie diperakui SIRIM telah diuji dan diperiksa secara ketat untuk memastikan pematuhan kualiti.

Bayaran Rangkaian Bulanan

Bayaran rangkaian bulanan paling berpatutan untuk mengurangkan kos komunikasi anda!

Walkie-talkie rangkaian kami mempunyai liputan di seluruh negara dan ditawarkan pada kos komunikasi yang berpatutan, iaitu bayaran rangkaian bulanan hanya bermula dari RM25 untuk setiap satu unit. Bayaran ini merangkumi semua caj perkhidmatan dan tanpa sebarang caj tersembunyi.

Bayaran bulanan sebanyak RM25 merupakan bayaran paling berpatutan di pasaran setakat ini. Kami telah mengekalkan kadar ini sejak 2016 dan komited untuk terus mengekalkan harga yang secara relatifnya lebih stabil ini.

Penyelesaian

Berpengalaman Berdekad-dekad, Penyelesaian Setempat.

Kami adalah pakar walkie-talkie di Malaysia yang berpengalaman berdekad-dekad dalam industri ini. Kami sentiasa sabar untuk mendengar dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan demi menyediakan penyelesaian yang paling praktikal untuk membantu menyelesaikan masalah walkie-talkie yang dihadapi oleh pelanggan, sekali gus mengurangkan kos mereka.